puisi : pesanku buatmu hati muda
wahai hati muda-muda
berhentilah langkahmu menuju lorong-lorong bahaya itu
wahai hati muda-muda
lorong-lorong itu ada becak dan lumpur yang bakal terpalit
di wajahmu
ingin aku bawakan kamu ke padang hijau yang damai
di sini rumputnya segar buat memelihara ternakan
ingin aku bawakan kamu ke jernihan air terjun yang nyaman
di sana ada kesegaran yang dapat menyejukkan dirimu
wahai hati muda-muda
mengapa kita mahu pertunjukkan lagak laksana wira
andai kita tiada perkakas perang yang selayaknya ada
mengapa kita mahu merempuh gunung besar yang gagah
andai di tubuh kita cuma ada darah muda yang melonjak
tenang wahai hati muda-muda
jiwa yang tenang dapat buat langkahmu teratur
tenang wahai hati muda-muda
langkah yang teratur dengan butir kata hikmah
dapat melentur walau bara api dan besi keluli
mengapa mesti kau menjadi orang yang marah-marah
mengapa mesti kau menjadi orang yang bersedih duka
mengapa mesti kau menjadi orang yang hiruk pikuk
mengapa mesti kau menjadi orang yang lantang berontak
mengapa mesti kau menjadi orang yang lalai dan leka
mengapa mesti kau menjadi orang yang tidak tentu hala
sedangkan kau masih jiwa yang muda-muda
masih hati muda yang segar mekar dengan benih iman yang indah
mengapa tidak kita jaga hatimu biar ia terus mekar hingga ke tua
inilah jalan baru buat hati muda
abaikan momokan mimikan perkataan-perkataan yang merosakkan
abaikan contoh buruk hati muda yang dipertonjolkan di depanmu
mengapa tidak kau jadi seperti pemuda-pemuda islam di zaman rasulullah
mereka dengar dan mereka taat
di hati mereka kelembutan dan kebijaksanaan rasulullah jadi ikutan
inilah hati muda sebenar jika kamu mahu mengetahui
perluruskan jalanmu menuju dakwah dan ukhuwah
perkemaskan strategimu menuju hikmah dan redha Allah.
berjuanglah...kerana kamu hati muda.
http://puisi-hamba.blogspot.com/

Comments
Post a Comment