Muhammad Qutb

petikan dari :
Salah Faham Terhadap Islam – Muhammad Qutb


Pertama: Islam bukanlah satu dawah yang bersifat teori saja, malah Islam merupakan
satu sistem hidup yang praktis yang mengakui keperluan-keperluan manusia yang hakiki dan
berjuang agar keperluan-keperluan itu dapat dicapai manusia.

Kedua: Dalam usahanya untuk mencapaikan keperluan keperluan manusia yang hakiki
itu Islam sentiasa berusaha memelihara dasar perimbangan yang mutlak di antara keperluan keperluan badannya dengan keperluan akal dan rohnya. Islam tidak membenarkan keperluan keperluan itu menindas satu sama lain. Dengan erti Islam tidak menindaskan keinginan
keinginan nafsu demi untuk mempertinggikan rohaniah manusia, begitu juga Islam tidak
membenarkan seseorang itu menyahuti panggilan keinginan nafsu hingga sampai kepada batas
yang menurunkan manusia ke darjah kebuasan binatang, malah Islam cuba menyatukan
kedua-dua tuntutan badan dan roh itu dalam satu peraturan yang padu dan utuh.

Seterusnya Islam cuba memperimbangkan di antara tuntutan tuntutan individu dengan
tuntutan masyarakat, dengan erti Islam tidak membenarkan pencerobohan seseorang terhadap
seseorang yang lain, pencerobohan individu terhadap masyarakat atau pencerobohan
masyarakat terhadap individu atau pencerobohan satu golongan terhadap satu golongan yang
lain atau pencerobohan satu negara terhadap satu negara, malah Islam berdiri sama tengah
sebagai tembok yang menghalangi mereka dan berlanggar dan bertempur, malah Islam
menganjurkan mereka agar mengadakan kerjasama yang rapat untuk kebajikan umat manusia.
Dan pada akhirnya Islam cuba mempertimbangkan sistem masyarakat di antara
berbagai-bagai kekuatan, iaitu Islam cuba memperimbangkan di antara kekuatan-kekuatan
kebendaan dengan kekuatan-kekuatap rohaniah dan memperimbangkan di antara faktor-faktor
ekonomi dengan faktor-faktor .kemanusiaan yang lain.
Tidak seperti komunisma, Islam tidak mengakui hanya factor-faktor ekonomi atau
kekuatan kebendaan saja yang menguasai manusia. Begitu juga tida seperti kepercayaankepercayaan
rohaniah tulin dan tidak pula seperti pegangan-pegangan idealisma. Islam tidak
mempercayai bahwa faktor-faktor rohaniah dan cita-cita yang idealis saja satu-satunya
kekuatan yang dapat menyusun kehidupan manusia, malah Islam mengakui bahwa kombinasi
dan seluruh faktor-faktor itulah yang dapat menyusun kehidupan manusia dan bahwa
undang-undang dan peraturan hidup yang paling baik itu ialah peraturan hidup yang paling
lengkap yang dapat melayani tuntutan-tuntutan jasmani, tuntutan akal dan tuntutan rohaniah
dalam satu bentuk hidup yang seimbang dan harmoni.

Ketiga: Islam mempunyai peraturan masyarakat dan sistem ekonomi yang tersendiri.
Kadang-kadang peraturan dan sistem itu secara kebetulan bertemu atau sejajar dengan
setengah-setengah aspek sistem kapitalisma atau komunisma, malah Islam dapat
mengumpulkan semua aspek-aspek yang baik dan dua sistem itu tanpa terlibat di dalam
kesilapan-kesilapan dan penyelewengan penyelewengan keduanya. Sistem Islam adalah suatu
sistem yang tidak terlalu menitikberatkan individualisma sehingga sampai kepada batas yang
jelik seperti yang diamalkan oleh orang-orang Barat yang menganggapkan individu itu sebagai
asas yang pokok dan sebagai makhluk suci yang harus diberi seluruh kebebasan dan
masyarakat sama sekali tidak berhak untuk menyekatkan mana-mana kebebasannya. Dan
konsep inilah timbulnya sistem kapitalisma ‘yang berlandaskan kebebasan individu untuk
mengeksploitasikan orang-orang lain. Sistem Islam juga tidak terlalu menitik beratkan
kolektivisma seperti yang diamalkan oleh negara Eropah Timur yang menganggap masyarakat
itu sebagai asas yang pokok, sedangkan individu hanya merupakan sebiji debu sesat yang tidak
mempunyai identiti yang tersendiri dan kewujudan identitinya hanya berlaku apabila Ia
berada di tengah kelumpuk masyarakat saja. Menurut sistem ini hanya masyarakat saja yang
mempunyai kebebasan dan kuasa yang mutlak, sedangkan individu tidak berhak membantah
dan menuntut hak-haknya. Dan sinilah tirnbulnya sistem komunisma yang mengakui negara
sebagai satu-satunya pihak yang mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan corak hidup
rakyat jelata.

Islam adalah satu-satunya sistem hidup yang mengambil jalan tengah di antara sistem
kapitalisma dan sistem komunism ia mengakui dan memperimbangkan hak-hak individu dan
hak-hak masyarakat; Ia memberikan individu kebebasan-kebebasan yang dapat menunjulkan
identitinya tetapi tidak sampai mencerubuhi identiti orang lain. ia juga memberikan
masyarakat atau negara kuasa-kuasa yang luas untuk membetulkan susunan-susunan
perhubungan sosial dan ekonomi masyarakat apabila menyeleweng dan garis
keseimbangannya. Dan seluruh tindakan pembetulan itu dilakukan di atas asas-asas muhibbah
dan saling mengerti di antara individu-individu dan golongan-golongan, bukan di atas asas
dendam dan pertentangan kelas yang menjadi landasan fàlsafah komunisma dan cara-cara
pelaksanaannya.

Sistem hidup yang dibawa oleh Islam itu, bukanlah satu sistem yang dilahirkan di
bawah tekanan-tekanan kepentingan ekonom dan bukanlah satu sistem yang lahir akibah dan
pertarungan pihak-pihak yang rnempunyai kepentingan-kepentingan yang bertentangan
malah sistem itu lahir dengan sendirinya saja, ia lahir sewaktu dunia masih lagi belum
membeni nilai kepada faktor ekonomi, sewaktu dunia masih lagi belum mengetahui sedikitpun
tentang konsep keadilan sosial persis seperti yang difahamkan oleh kita sekarang.
Dan hingga ke saat ini sistem Islam masih merupakan satu sistem yang progresif
dibandingkan dengan sistem kapitalisma dan komunisma iaitu dua sistem yang baru saja
dikenali oleh dunia moden di dalam bidang sosial dan ekonomi.

Keperluan asasi manusia yang diperjuangkan oleh Karl Marx dan yang harus
dilaksanakan oleh negara menurut beliau ialah makanan, tempat kediaman dan kepuasan sex.
Perjuangan beliau yang sedemikian telah mencetuskan satu revolusi besar di dalam sejarah
manusia, tetapi sebenarnya apa yang diperjuangkan oleh beliau itu merupakan beberapa
keperluan yang pernah diperjuangkan oleh Islam sebelum seribu tiga ratus tahun yang Iampau.
Rasulullah pernah bersabda, “Sesiapa yang ditugas menjalankan urusan kami (negara) dan
tidak mempunyai rumah kediaman, maka dia berhak mendapat sebuah rumah, atau tidak
mempunyai isteri, ia berhak mendapat seorang isteri, atau tidak mempunyai khadam, ia berhak
mendapat seorang khadam, atau tidak mempunyai kenderaan, ia berhak mendapat satu
kenderaan.” Anjuran ini meliputi seluruh keperluan-keperluan hidup asasi manusia yang
diperjuangkan oleh Karl Marx, malah Rasulullah telah menambahkan keperluan yang lain lagi
tanpa menggunakan perjuangan kelas atau revolusi-revolusi yang berdarah dan tanpa
menafikan rukun-rukun hidup manusia yang lain yang melewati keperluan-keperluan hidup
yang asasi itu.
Inilah beberapa ciri-ciri yang jelas dan sistem Islam.


-Muhammad Qutb, (pronounced /ˈkʌtəb/ in English, Arabic: محمد قطب‎), (1919 - present) is an Islamist author, scholar and teacher best known as the younger brother of the Egyptian Islamist thinker Sayyid Qutb. He was a supporter and promoter of his older brother's ideas[1][2] after his brother was executed by the Egyptian government.
Muhammad Qutb was the second eldest of five children born in the Upper Egyptian village of Musha near Asyut, and is several years younger than his elder brother Sayyid, born sometime after 1906. Little is known in English sources about his upbringing and education but it is known that he lived with his famous brother, their two sisters and mother in Helwan near Cairo for several years starting in 1926. He was arrested a few days before his brother July 29, 1965 for his alleged co-leadership along with his brother in a plot[3] to kill leading political and cultural figures in Egypt and overthrow the government. He was released from prison in 1972 [4] and took refuge with other members of the Muslim Brotherhood in Saudi Arabia.- http://en.wikipedia.org/wiki/Muhammad_Qutb

Comments

Popular posts from this blog

lautan kasihku

hikmah nati

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang