nasihat imam al-ghazali
Al-ghazali menasihati murid-muridnya dalam kitab Ayyuhal walad: Wahai anakku yang tercinta! Apakah yang kamu memperoleh daripada menghabiskan masa hanya belajar ilmu kalam, ilmu khilaf, ilmu perubatan, ilmu mengenai puisi, ilmu astronomi, ilmu nahu dan tasrif selain daripada mensia-siakan umur dengan menyalahi perintah Allah yang maha besar.Sesungguhya aku telah melihat dalam kitab injil, Nabi Isa a.s. menyebut, “bila mayat seseorang mulai diletakkan atas keranda sehingga diletakkan ditepi kubur, Allah S.W.T. telah bertanya kepadanya 40 soalan dan soalan pertama sekali ialah “wahai hambaku! Kenapa engkau sepanjang tahun hanya memerhatikan kebersihan tempat pandangan manusia kepadamu (yakni anggota zahir kamu ), tetapi engkau tidak peduli kepada tempat pandanganku (yakni hatimu) walaupun satu saat.Dan setiap hari Allah memandang kedalam hatimu lalu berfirman kenapa kamu hanya memberikan perhatian selain daripada aku, sedangkan kau dikelilingi dengan ihsan aku. Apakah engkau sebenarnya t...