Posts

Showing posts from April, 2009

indahnya bahasa kita!!

Lebat Daun Bunga Tanjung, Berbau Harum Bunga Cempaka; Adat Dijaga Pusaka Dijunjung, Baru Terpelihara Adat Pusaka Menanam kelapa dipulau bakum, Tinggi sedepa sudah berbuah, Adat bermula dengan hukum, Hukum bersandar kitab Allah. Bila todak melanda Singapura Habis dikerat dicincang lumat Bila khianat pada manusia Dunia akhirat takkan selamat Habis dikerat dicincang lumat Patinya diaduk dijadikan obat Dunia akhirat takkan selamat Kecuali minta ampun nasuha tobat Payah kami menabur padi Nenas juga ditanam orang Payah kami menabur budi Emas juga dipandang orang Tinggi bukit gilang-gemilang Air laut tenang-tenangan Budi sedikit tidakkan hilang Itu menjadi kenang-kenangan Jentayu burung jentayu Hinggap dibalik pokok mayang Bunga kembang akan layu Budi baik bilakan hilang Jangan suka mencabut padi Bila dicabut hilang buahnya Jangan suka menyebut budi Bila disebut hilang tuahnya Kalau keladi sudah ditanam Jangan lagi meminta talas Kalau budi sudah ditanam Jangan lagi meminta balas Sudah diamb...

crita bersambung.......

Image
selepas 5 hari training........... semangat hari-hari traning..... kobar-kobar nak keje ni... Sekali wat demo.... kelu!!!!.. hilang abes,!!!.. nak cakap pun lupa,!!!!.. huh...parah!!!!!!!!!!!!

Esok keje!!! practical!!!

Image
takutnye!!!!!! ape yg aku harus buat!!!!! mmmmmmmmmmm....... mybe.. TUNJUKKAN SEMANGAT WAJA. @ BUAT MUKA COMEL. @ TUNJUK BIJAK. APEPUN.... SEMOGA DPT BUAT YG TERBAIK.... NO PAIN NO GAIN!!

sendiri

Image
cayok cayok ida!! huhu.. jalan2 dulu lah..heheh...

aku sendiri

Image
huhu... exam... pening... rindu.... nak balik kg!!

gurindam jiwa

Gurindam Jiwa Tuailah padi antara masak Esok jangan layu-layuan Intailah kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan Anak cina pasang lukah Lukah dipasang di Tanjung Jati Di dalam hati tidak ku lupa Sebagai rambut bersimpul mati Batang selasih permainan budak Daun sehelai dimakan kuda Bercerai kasih bertalak tidak Seribu tahun kembali juga Burung merpati terbang seribu Hinggap seekor di tengah laman Hendak mati di hujung kuku Hendak berkubur di tapak tangan Kalau tuan mudik ke hulu Carikan saya bunga kemboja Kalau tuan mati dahulu Nantikan saya di pintu syurga

Gurindam 12 (Raja Ali Haji ) [part 3 last]

Gurindam IX Tahu pekerjaan tak baik, tetapi dikerjakan, bukannya manusia yaituiah syaitan. Kejahatan seorang perempuan tua, itulah iblis punya penggawa. Kepada segaia hamba-hamba raja, di situlah syaitan tempatnya manja. Kebanyakan orang yang muda-muda, di situlah syaitan tempat berkuda. Perkumpulan laki-laki dengan perempuan, di situlah syaitan punya jamuan. Adapun orang tua yang hemat, syaitan tak suka membuat sahabat Jika orang muda kuat berguru, dengan syaitan jadi berseteru. Gurindam X Dengan bapa jangan durhaka, supaya Allah tidak murka. Dengan ibu hendaklah hormat, supaya badan dapat selamat. Dengan anak janganlah lalai, supaya boleh naik ke tengah balai. Dengan isteri dan gundik janganlah alpa, supaya kemaluan jangan menerpa. Dengan kawan hendaklah adil supaya tangannya jadi kafill. Gurindam XI Hendaklah berjasa, kepada yang sebangsa. Hendaklah jadi kepala, buang perangai yang cela. Hendaklah memegang amanat, buanglah khianat. Hendak marah, dahulukan hajat. Hendak dimulai, jang...

Gurindam 12 (Raja Ali Haji ) [part 2]

Gurindam V Jika hendak mengenal orang berbangsa, lihat kepada budi dan bahasa, Jika hendak mengenal orang yang berbahagia, sangat memeliharakan yang sia-sia. Jika hendak mengenal orang mulia, lihatlah kepada kelakuan dia. Jika hendak mengenal orang yang berilmu, bertanya dan belajar tiadalah jemu. Jika hendak mengenal orang yang berakal, di dalam dunia mengambil bekal. Jika hendak mengenal orang yang baik perangai, lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai. Gurindam VI Cahari olehmu akan sahabat, yang boleh dijadikan obat. Cahari olehmu akan guru, yang boleh tahukan tiap seteru. Cahari olehmu akan isteri, yang boleh menyerahkan diri. Cahari olehmu akan kawan, pilih segala orang yang setiawan. Cahari olehmu akan abdi,yang ada baik sedikit budi, Gurindam VII Apabila banyak berkata-kata, di situlah jalan masuk dusta. Apabila banyak berlebih-lebihan suka, itulah tanda hampir duka. Apabila kita kurang siasat, itulah tanda pekerjaan hendak sesat. Apabila anak tidak dilatih, jika besar b...

gurindam 12 (Raja Ali Haji ) [part 1]

Gurindam I Barang siapa tiada memegang agama, sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama. Barang siapa mengenal yang empat, maka ia itulah orang ma'rifat Barang siapa mengenal Allah, suruh dan tegahnya tiada ia menyalah. Barang siapa mengenal diri, maka telah mengenal akan Tuhan yang bahari. Barang siapa mengenal dunia, tahulah ia barang yang terpedaya. Barang siapa mengenal akhirat, tahulah ia dunia melarat. Gurindam II Barang siapa mengenal yang tersebut, tahulah ia makna takut. Barang siapa meninggalkan sembahyang, seperti rumah tiada bertiang. Barang siapa meninggalkan puasa, tidaklah mendapat dua temasya. Barang siapa meninggalkan zakat, tiadalah hartanya beroleh berkat. Barang siapa meninggalkan haji, tiadalah ia menyempurnakan janji. Gurindam III Apabila terpelihara mata, sedikitlah cita-cita. Apabila terpelihara kuping, khabar yang jahat tiadalah damping. Apabila terpelihara lidah, nescaya dapat daripadanya faedah. Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan, daripada sega...

manusia di dunia....

Luqman hakim advices to his son: 1. Recognition of Allah - This is the first and most important principle of Islam. All Islamic education must begin with this principle. Tawhid must be emphasized and shirk must be avoided. Oneness of Allah is the ultimate truth and it has the greatest affect in developing a moral and dignified personality. 2. Love and respect of parents - All good education must include the teachings about the rights of parents. However, parents’ rights (or any person, group or institutions’ rights) are not above the rights of Allah. 3. Awareness of Allah’s presence and His knowledge - This is the best protection from all sins and wrong doings. 4. Regular and proper Prayers - Prayer is the nourishment of the soul. Through prayer we acknowledge the Lordship of Allah, give thanks to Him, and express our allegiance and obedience to Him. 5. Commanding what is good - This means active involvement in doing good things and spreading truth, justice and righteousness. 6. Forbid...

nice poem (renungan)

There is only one way out of here The righteous will die,And the wicked will die. The warriors who fight will die,And those who sit at home will die. Those who busy themselves with correct beliefs will die,And those who treat people as their slaves will die. The brave who reject injustice will die,And the vile who seek to cling to this vile life will die. The people of lofty-goals and ambitions will die,And the wretched people who live for cheap enjoyment will die. this poem from http://www.islamicpoem.com